PERLABURAN EMAS, BAGAIMANA HENDAK BERMULA?
1. Persediaan Ilmu
Sebelum memulakan apa jua pelaburan, kita mesti memiliki pengetahuan yang cukup tentangnya. Begitu juga dengan emas. Kerana di dunia ini tidak ada pelaburan yang sempurna. Setiap jenis pelaburan mengandungi risikonya tersendiri. Semakin banyak ilmu Anda tentang suatu pelaburan, maka semakin besar peluang Anda untuk menjana keuntungan. Begitu pula sebaliknya. Jadi, melaburlah untuk diri sendiri dengan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan.
Beberapa hal yang perlu kita ketahui tentang emas adalah:
- Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Tempoh masa untuk mendapatkan keuntungan dari pelaburan emas adalah setahun dan ke atas. Kecuali apabila Anda memiliki kepakaran khusus dalam membuat analisa harga, maka waktu yang diperlukan hanya beberapa bulan atau bahkan beberapa minggu sahaja.
- Dalam jangka masa pendek harga emas sentiasa ada naik turunnya. Tetapi dalam jangka masa panjang harganya semakin meningkat.
- Pelaburan emas adalah pelaburan di tangan sendiri. Anda tidak memerlukan orang lain untuk menjalankan pelaburan emas Anda. Menyertai skim pelaburan emas adalah cara yang mudah untuk jatuh rugi. Hanya orang tamak sahaja yang ingin cepat untung tanpa perlu banyak berusaha.
- Emas adalah salah satu barangan ribawi. Oleh sebab itu selain perlu mempelajari tentang pelaburan emas, kita mesti mempelajari juga hukum-hakam yang berkenaan dengan emas. Sama sekali tidak berguna kita kaya di dunia jika di akhirat sengsara.
2. Membeli Emas
Untuk memulakan pelaburan emas, Anda mesti membeli emas pertama Anda. Pilihlah jenis emas yang paling sesuai menurut Anda. Jangan tunggu dan beli! Tapi beli dan tunggu! Anda hanya akan mendapat keuntungan daripada pelaburan emas apabila Anda telah membelinya.
3. Menyimpan Emas
Setiap pelaburan berkait dengan jangka masa sama ada jangka masa pendek (kurang dari setahun), sederhana (1-3 tahun) atau panjang (Lebih dari 5 tahun). Emas tergolong dalam pelaburan jangka masa sederhana. Jadi setelah membeli emas kita perlu menyimpan emas tersebut sekurang-kurangnya selama setahun. Jangan berharap cepat kaya dengan menyimpan emas. Jika ingin cepat kaya, di samping menyimpan emas kita juga perlu berniaga emas.
4. Mendapatkan Keuntungan
Untuk mendapatkan keuntungan daripada emas, Anda perlu menjualnya pada harga yang lebih tinggi berbanding harga ketika dulu membelinya. Jika tidak, Anda hanya merasa mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas tetapi Anda tidak boleh memanfaatkan keuntungan Anda tersebut. Nilai emas Anda memang meningkat tetapi untuk memanfaatkan keuntungan tersebut Anda mesti menukarnya dengan wang terlebih dahulu. Tetapkan berapa sasaran keuntungan yang ingin Anda dapatkan dalam jangka masa tertentu. Sebagai contoh 5% keuntungan dalam masa 2 bulan. Apabila telah mencapai sasaran 5% dalam masa kurang 2 bulan, maka emas tersebut sudah boleh dijual. Ulangi cara tersebut berkali-kali.
•1 GRAM • 1 BULAN • 1 KELUARGA