π1>> Petua pertama ini mungkin dah selalu dengar. caranya senang sahaja. Ambil sedikit sos cili dan titiskan 2-3 titisan air bersih. Kemudian bolehlah sapukan campuran tadi pada barang kemas anda. Juga berus lah barang perhiasan anda secara perlahan-lahan dengan mengunakan berus gigi. Akhir sekali cara ini, bolehlah cuci dengan air. Nanti kilat barang kemas tu.
π2>> Asam jawa juga boleh digunakan. Bancuhlah sedikit asam jawa bersama sedikit air. Kemudian rendamkan
barang kemas anda kedalam campuran tersebut selama setengah jam. Anda digalakkan untuk memberus barang kemas anda selepas meredamkanya untuk mengeluarkan kotoran di celah barang kemas. Seperti biasa, selepas habis bilaslah dengan air bersih.
π3>> Rendamkan barang kemas anda didalam air yang telah dicampurkan bersama ubat gigi selama setengah
jam. Kemudian seperti biasa beruskan barang kemas anda dan insyallah barang perhiasan anda akan kelihatan seperti baru dibeli. Tips ini pun bagus mengilatkan barang kemas.
π4>> Petua yang keempat ni lebih memakan masa. Caranya masukkan pati teh kedalam besen kemudian rendamkan barang kemas didalam besen tersebut selama lebih kurang 2 jam *lagi lama lagi bagus*. Dan boleh lah memberus dengan berus gigi seperti biasa. Semoga cara ini membantu anda kilatkan atau mencuci barang kemas anda. !~
ππ semoga bermanfaat utk semua... boleh cuba nantiππ