Showing posts with label HUTANG. Show all posts

Monday, 12 October 2015

APA ITU GOLDBAR?

Goldbar adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil, ketulenan goldbar keluaran Powergold adalah 999.9.

MARI kita kenali apa itu GOLD BAR serta Kelebihannya?

==========================

  • Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
  • Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
  • Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
  • Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
  • Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain tentang GOLD BAR 
  • Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga pasaran ialah RM200g
  • maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
  • Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat

Contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g
  • Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
  • Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!
  • Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal. Namun harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.

Sunday, 11 October 2015

7 Strategi Elak Kebocoran Wang

Jadi kalau nak kaya, kita kena handle emosi dengan biasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan kita daripada bocor. Antaranya:

Strategi #1 – Bayar Diri Sendiri Dulu

Bila dapat duit, bayar diri sendiri dulu dengan tambahkan simpanan. Selebihnya baru berbelanja. Bukan berbelanja dulu, lepas tu tunggu duit lebih baru simpan. Kalau tunggu duit lebih, alamatnya memang tak akan menyimpan.

Strategi #2 – Tukar Duit Kepada Harta

Kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar macam emas, tanah, atau rumah-rumah sewa. Jangan biarkan duit tu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.

Strategi #3 – Potong Semua Kad Kredit

Potong semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit tu lubang hutang paling mudah. Ia hutang yang kita tak sedar bahkan ia jadi simbol status. Memang nampak hebat kalau ada kad kredit Platinum, tapi kad kredit boleh jadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tak terasa duit kita bocor. Tahu-tahu hutang dah banyak. Dah la interest paling tinggi berbanding pinjaman lain,  interest dia compounding pulak tu.

Strategi #4 – Berbelanja Secara Tunai

Kalau nak beli barang, pastikan beli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta zero interest payment sekalipun. Walaupun mungkin zero interest payment tu secara matematiknya macam untung , tapi ia memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia bahaya.

Strategi #5 – Langsaikan Hutang Paling Kecil

Bila nak langsaikan hutang, target hutang yang jumlahnya paling kecil dulu sebab bila satu hutang dah settle, ia jadi motivasi untuk langsaikan hutang-hutang lain. Bila dah bebas hutang, kita rasa berat untuk buat hutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
Tapi kalau ada dua (2) hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, settlekan hutang yang interest rate paling tinggi dulu.

Strategi #6 – Buat “Hutang Baik”, Tambah Harta

Bila dapat kenaikan gaji yang bagus, atau pendapatan dah meningkat, manfaatkan kenaikan tu untuk buat hutang-hutang baik seperti tambah rumah sewa, beli tanah dsb. Bukan tukar kereta baru! Saya perhati ramai orang bermasalah nak simpan duit walaupun kalau ikut kira-kiranya, dia sepatutnya boleh menyimpan. Bukan senang nak paksa diri simpan duit, tapi kalau hutang, kita terpaksa bayar! Kalau buat hutang baik, kita terpaksa kaya! Tapi hutang-hutang tu mesti diurus dengan baik.

Strategi #7 – Tinggalkan “Window Shopping”

Tinggalkan sikap suka merayau-rayau di shopping complex, suka terapi diri dengan bershopping, suka semak brosur-brosur promosi dalam post box atau surat khabar, pergi ronda-ronda pasar malam dsb. Sikap ni saya dah tinggalkan dah bertahun-tahun sebab sikap macam ni terbukti duit kita senang sangat bocor. Kalau asalnya cuma nak dibeli 10 barang, tapi akhir sekali kita akan bawa balik at least 15 barang! Kenapa macam tu? Sebab kewangan bukan sekadar matematik, tapi juga tentang mengurus emosi… Bila kita saja-saja tengok barang-barang yang kita tak perlu, mesti ada yang kita jatuh hati dan akhirnya terbeli.

•1 GRAM  • BULAN  • 1 KELUARGA

===================================

Fast Action --> Fast Results; 
Slow Action --> No Results

~TANPA KEBERANIAN, MIMPI TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN~

**********************************

UNTUK PERTANYAAN SMS/WHATSAPP:

PN. ZUE: 018-2944444

Posted by Unknown at 03:00

Posted by Unknown at 00:32

JUTAWAN EMAS POWERGOLD Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang