Showing posts with label JUTAWAN. Show all posts

Monday, 5 October 2015

KENAPA BELI EMAS?

 Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada para pembaca  yang setia, diharapkan anda murah rezeki dan sihat-sihat sahaja.

Bila setuh pasal emas mesti pelbagai soalan yang ramai nk tahu antaranya:-

1.“eh, emas mahal kan sekarang”

2.“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

3. “saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”

4. “betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

5. “takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

6. “rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

7. “saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

8.”Kenapa beli Emas?”

9.”Nak buat apa Emas?”

10.”Untung ke Emas??”

Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas dan belum sedar tentang kelebihan emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar… Tahniah..

1.“eh, emas mahal kan sekarang”

Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai wang tunai yang tidak diperlukan segera (seperti dalam simpanan bank, tabung haji, ASB, dll) terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata “alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli….” Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun. Bayangkan harga emas 20gram pada 2008 ialah RM1800, kini RM3300! Ruginye kalau anda tak beli sekarang…

Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh . Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada pelaburan amanah saham, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik. Manakan tidak! Kenaikan emas 20-28% setahun.. Mana ada mana-mana bank atau amanah saham yang bayar faedah/dividen/riba mereka sehingga 20-28%. Paling tinggi pun 8% jer.. Lagipun kalau nak pakai duit emergency, bawa emas ke ar-Rahnu dan buat pinjaman di bank. Duit dapat, emas pun dapat. Emas di ar-Rahnu tetap anda punya.

3.“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”

Berhenti bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini “agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok” sudah tentu lah tidak bukan, jadi berhenti berangan atau berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian:)

4.“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatar belakang kan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik. Ade jugak sesetengah orang yang meragui ketulenan emas yang kami jual.. ish3.. Kalau tak percaya, beli 1 dari kami, kemudian cek ketulenan emas di kedai emas (samada emas 999 atau 916)..

5.“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansgung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menguntungkan dan berbaloi.

6.“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur? Saya tak suka sebut pelaburan.. huu.. Fobia.. Ada kenangan ngeri.. Lebih suka dengan istilah beli emas.. Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan.

7.“saya pernah dengar orang kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

8.”Kenapa beli Emas?”

Dengan kadar kenaikan sebanyak 20-28% setiap tahun (fakta) dan sifat emas iaitu kalis inflasi dan harganya yang semakin mahal, emas memang sesuai untuk kita jadikan asset pelaburan hari tua kita.Bukan untuk kita sahaja..untuk anak2 dan keluarga kita. Ada 2 asset pelaburan yang memberangsangkan iaitu tanah dan emas atau perak. Bagi saya perak lebih menguntungkan (sekiranya untuk simpanan) kerana kenaikannya akhir-akhir ini mendadak sehingga sekali ganda atau hamper 100% setahun. Berbalik persoalan tadi.. Adakah anda mampu membeli tanah jika anda mempunyai wang sebanyak rm700?Haruslah tidak kan.mungkin boleh beli selori sahaja..tapi nk buat apa? Jadi,emas adalah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah di mana dengan modal yang kecil,anda mampu memiliki emas.

9.”Nak buat apa Emas?”

Soalan seperti ini kerap kali diajukan kepada saya, pada saya,mudah sahaja..anda beli,anda simpan sebagai aset anda. Anda akan terpegun apabila suatu hari nanti,harga emas yang anda miliki hari ini telah berubah harga nya menjadi lebih tinggi.Dan sekiranya pada masa itu anda ingin menjual emas,akan terbit rasa sayang anda untuk menjual emas tersebut memandangkan harga nya boleh meningkat lagi. Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik lain. Tetapi terlalu panjang untuk dibahaskan disini. Contohnya dengan menggunakan teknik ar-Rahnu.. Anda beli emas dengan harga RM20k bersamaan 7 ketul emas 20gram, kemudian ar-Rahnu dapat RM14k dan beli lagi emas 20gram dapat 4 ketul lagi kemudian ar-Rahnu lagi dapat lagi 10 dinar, ar-Rahnu lagi dan laburkan dalam bank pelaburan yang syari’e atau belanjakan. Asalnya anda ada 7 ketul emas shj.. tetapi sekarang anda ada berapa ye.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Gunakan teknik ini untuk jadi kaya.. Tetapi dalam masa yang sama harus beringat, semua kekayaan ini datang dari Allah dan wajiblah kita menurut dan mentaati Allah..

10.”Untung ke Emas??”

Mengikut fakta, emas mencatatkan kenaikan sebanyak 20-28% setiap tahun.Andai kata pada hari ini,20/12/2010,anda memiliki 1 dinar emas yang berharga RM652,Maka pada tahun hadapan bersamaan 20/12/2011 dengan kenaikan yang paling rendah 20%, 1 Dinar anda tadi akan menjadi RM782.40 dan anda akan memperolehi keuntungan sebanyak rm130.40. Itu kalau anda ada 1 Dinar,kalau anda ada berdinar2?fikir2kan… 

Jadi… bagaimana pendapat anda akan kenaikan emas yang berganda dengan giatnya ini setiap tahun?! Bagaimana pula dengan tahun hadapan 2012?! Bagaimana dengan tahun-tahun yang seterusnya?! Bagaimana dengan 10 tahun yang akan mendatang?! Ramai pakar-pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020.

Mustahil dan tidak masuk akal bukan?! Tapi itulah yang akan berlaku apabila melihat kepada analisis semasa trend kejatuhan dan kegagalan banyak matawang serta peningkatan tekanan ekonomi dan inflasi yang kian berganda saban hari, telah menyebabkan komoditi emas turut berganda dengan lebih giat.

Kenaikan harga emas dunia merupakan penanda aras akan kemerosotan ekonomi dunia yang kian hari kian meruncing tanpa kita orang awam menyedarinya. Tiba masanya, yang kita semua akan tahu semua harga telah naik dan meningkat, semua servis dan perkhidmatan dinaikkan harga sedikit demi sedikit bagi mengikut kadar semasa tekanan ekonomi dunia yang kian melanda.

kegawatan ekonomi ekonomi dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998 dan 2009 akan sentiasa berulang. Haruskah anda akan sentiasa menanti untuk ianya berlaku lagi dan terus-menerus menjadi mangsa ekonomi dunia?! Jadi…mulakan pelaburan emas anda sekarang. Jangan berlengah lagi kerana masa itu emas. 

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai, beli sewaktu harga jatuh beberapa kali dalam setahun sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi. (Anda harus tahu analisis graf kitco dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia untuk tujuan ini).

Masa itu emas,mesti anda semua pernah mendengar ayat ini.Memang betul.Sesungguh nya,kita tidak akan dapat mengundurkan masa dan emas dikaitkan dengan masa untuk menunjukkan betapa bernilai nya masa. Oleh itu,dapat emas ketika anda mampu dan sebelum terlambat.Jika tidak, beli sahaja apabila ada RM… Ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak.Tukarkan bentuk pelaburan anda di dalam bentuk emas. Anda boleh mengubahnya.

RANCANG KEWANGAN ANDA DEMI MASA DEPAN GEMILANG CEMERLANG DAN TERBILANG !!!!

•1 GRAM  • BULAN  • 1 KELUARGA

===================================

Fast Action --> Fast Results; 
Slow Action --> No Results

~TANPA KEBERANIAN, MIMPI TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN~

**********************************

UNTUK PERTANYAAN SMS/WHATSAPP:

PN. ZUE: 018-2944444

===================================

Sunday, 4 October 2015

EMAS MAMPU KEKALKAN NILAI ASET

Kenapa emas dikatakan mampu mengekalkan nilai aset/harta anda yg lain?

Contoh:

Anda beli emas terlebih dahulu sebelum anda beli barang/atau harta anda yg lain (katakan peti ais).....

Kemudian anda pajakkan utk dpt pinjaman wang bagi tujuan beli peti ais tu..dlm masa sama..anda beli peti ais sambil tebus emas anda di Ar Rahnu...sehingga anda dapat balik emas anda tu..

Nak jadi cerita peti ais tersebut rosak dlm tempoh 5thn..nak jual tak laku..kalau tolak kat besi buruk pun..dapat la RM50...sedangkan anda beli peti ais bernilai 1k.

So, camne emas tu pelindung harta anda tu?

  • Sekiranya anda beli emas dahulu..emas yg anda simpan semakin tinggi nilainya...
  • Emas tu masih berada di tangan anda..sedangkan kalau anda beli terus tanpa beli emas terlebih dahulu..duit tu pun dah entah kemana dah..
  • Anda takde masalah utk beli barang lain menggantikan barang yg rosak tu...sbb emas anda masih ada..dan kemungkinan lebih mampu utk dapatkan peti ais yg lebih baik...

UNTUNG TAK❓
AGAK² RUGI KE SIMPAN EMAS❓❓

Tu pentingnya ada simpanan emas terlebih dahulu sebelum membeli aset/barang yg anda inginkan. 

Thursday, 1 October 2015

ALASAN PUNCA KEGAGALAN...

Assalamualaikum wr wb 

Takde duit la nak beli emas...!!!
Duit nak pakai untuk banyak benda lagi..!!!
Nak simpan untuk itu ini lagi”

Fahaman Diatas  yang harus diubah sebenarnya... 

  • Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. 
  • Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. 
  • Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda langsung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. 
  • Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. 
  • Percayalah, cara ini adalah lebih menguntungkan dan berbaloi.

•1 GRAM  • 1 BULAN  • 1 KELUARGA

Wednesday, 30 September 2015

PERLABURAN EMAS, BAGAIMANA HENDAK BERMULA?

1. Persediaan Ilmu
Sebelum memulakan apa jua pelaburan, kita mesti memiliki pengetahuan yang cukup tentangnya. Begitu juga dengan emas. Kerana di dunia ini tidak ada pelaburan yang sempurna. Setiap jenis pelaburan mengandungi risikonya tersendiri. Semakin banyak ilmu Anda tentang suatu pelaburan, maka semakin besar peluang Anda untuk menjana keuntungan. Begitu pula sebaliknya. Jadi, melaburlah untuk diri sendiri dengan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan.
Beberapa hal yang perlu kita ketahui tentang emas adalah:
  • Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Tempoh masa untuk mendapatkan keuntungan dari pelaburan emas adalah setahun dan ke atas. Kecuali apabila Anda memiliki kepakaran khusus dalam membuat analisa harga, maka waktu yang diperlukan hanya beberapa bulan atau bahkan beberapa minggu sahaja.
  • Dalam jangka masa pendek harga emas sentiasa ada naik turunnya. Tetapi dalam jangka masa panjang harganya semakin meningkat.
  • Pelaburan emas adalah pelaburan di tangan sendiri. Anda tidak memerlukan orang lain untuk menjalankan pelaburan emas Anda. Menyertai skim pelaburan emas adalah cara yang mudah untuk jatuh rugi. Hanya orang tamak sahaja yang ingin cepat untung tanpa perlu banyak berusaha.
  • Emas adalah salah satu barangan ribawi. Oleh sebab itu selain perlu mempelajari tentang pelaburan emas, kita mesti mempelajari juga hukum-hakam yang berkenaan dengan emas. Sama sekali tidak berguna kita kaya di dunia jika di akhirat sengsara.
2. Membeli Emas
Untuk memulakan pelaburan emas, Anda mesti membeli emas pertama Anda. Pilihlah jenis emas yang paling sesuai menurut Anda.  Jangan tunggu dan beli! Tapi beli dan tunggu! Anda hanya akan mendapat keuntungan daripada pelaburan emas apabila Anda telah membelinya.
3. Menyimpan Emas
Setiap pelaburan berkait dengan jangka masa sama ada jangka masa pendek (kurang dari setahun), sederhana (1-3 tahun) atau panjang (Lebih dari 5 tahun). Emas tergolong dalam pelaburan jangka masa sederhana. Jadi setelah membeli emas kita perlu menyimpan emas tersebut sekurang-kurangnya selama setahun. Jangan berharap cepat kaya dengan menyimpan emas. Jika ingin cepat kaya, di samping menyimpan emas kita juga perlu berniaga emas. 
4. Mendapatkan Keuntungan
Untuk mendapatkan keuntungan daripada emas, Anda perlu menjualnya pada harga yang lebih tinggi berbanding harga ketika dulu membelinya. Jika tidak, Anda hanya merasa mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas tetapi Anda tidak boleh memanfaatkan keuntungan Anda tersebut. Nilai emas Anda memang meningkat tetapi untuk memanfaatkan keuntungan tersebut Anda mesti menukarnya dengan wang terlebih dahulu. Tetapkan berapa sasaran keuntungan yang ingin Anda dapatkan dalam jangka masa tertentu. Sebagai contoh 5% keuntungan dalam masa 2 bulan. Apabila telah mencapai sasaran 5% dalam masa kurang 2 bulan, maka emas tersebut sudah boleh dijual. Ulangi cara tersebut berkali-kali.

Monday, 28 September 2015

AHLI PASIF

APA KEUNTUNGANNYA JIKA HANYA JOIN SEBAGAI AHLI PASIF SAHAJA? TIDAK BEMINAT BUAT TRADING (MENJUAL) DAN NETWORKING

1) KEUNTUNGAN DARI KENAIKAN HARGA EMAS
Untung bila harga emas naik .. sebagai CONTOH ..katakan hari ini kita beli EMAS RM154/1gram
seandainya tahun 2020 harga EMAS naik RM503/1gram kita dah untung -+RM350 setiap gram

2) JIMAT
Anda jimat RM20 dari setiap belian goldbar 1 gram, jika sebulan anda beli 1 x 12 bulan , anda dah jimat RM240,  DAH BALIK MODAL YURAN KEAHLIAN, jika simpan bertahun2 sudah berapa anda JIMAT? anda rugi atau tidak ? harga ahli untuk goldbar 1 gram 999.9 Powergold dijamin lebih murah dari harga pasaran, SILA CHECK harga goldbar 1 gram di kedai2 emas atau lain2 syarikat yang jual Online, check harga goldbar 1 gram ye..jangan check harga emas 916 pula ye, ramai yang masih buta emas tapi berlagak pandai lepas tu kondem..tabiat ORANG KITA

3) SPREAD JUAL BELI TERBAIK
Harga syarikat beli balik yang tinggi, spred 7-8% , biasanya lain2 syarikat biasanya mengenakan cas spread 10%-15%

4) SEMINAR DAN LATIHAN
Dapat ilmu emas dan marketing melalui group whatsapp atau seminar

Anda tidak akan rugi walaupun join sekadar untuk simpan emas, tak suka menjual atau menaja, Powergold biz KOSONG risiko..

Sunday, 27 September 2015

APA ITU KOS UPAH??

Apa itu KOS UPAH ? - Apa itu KOS UPAH ?

Salam rakan Jutawanku,bertemu kita sekali lagi....

" Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker? 

Persoalan ini acap kali kami terima daripada pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kami akan jawab seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.

Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya saya akan kongsikan di bawah.

KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG 

Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli.Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50 - RM300. Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.

Mari kita buat sedikit kiraan:

Katakan harga emas ketika itu adalah RM170/gram. Harga yang anda sangka anda akan bayar adalah: 

RM 170 x 2 gram = RM 340 --->> Tapi tunggu !!
Jumlah tersebut belum ditambah kos upah. Untuk cincin seringkas ini, kadar upah mungkin menjangkau RM50. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah: 

RM340 + RM50 = RM390. 

Harga masih mampu milik, tapi cuba kita kira, berapa harga segram untuk cincin itu setelah ditambah kos upah: 

RM390 / 2 gram = RM 195 per gram!!

Maka, pastikan anda bertanyakan kos upah terlebih dahulu sebelum membayar emas yang anda beli. Lebih kecil kos upah, lebih cepat anda akan beroleh keuntungan dari nilai emas yang anda beli. 

Inginkan emas DENGAN KOS UPAH YANG RENDAH?? Nah..kami ada.

Andai kata anda ingin membeli cincin 916 2.00 gram di atas. Soalan biasa yang anda akan tanya adalah "Berapa harga emas segram?".

**************************************

Utk info hubungi:

Pn. Zue: 0182944444

**************************************

Wednesday, 23 September 2015

GOLD BAR VS BARANG KEMAS

GOLD BAR & BARANG KEMAS

Kelebihan Barang Kemas Sebagai Pelaburan :
  • Semestinya barang kemas di bentuk supaya nampak cantik dan sesuai untuk digayakan oleh si pemakai, jadi pelaburan melalui barang kemas memberi kepuasan kepada pembeli kerana dapat memaksimunkan penggunaan emas yang dibeli iaitu boleh dipakai dan digayakkan.
  • Barang kemas boleh dijadikan sumber mendapatkan cash segera dan sumber modal untuk perniagaan yang terbaik kerana ianya boleh digadaikan di Arrahnu untuk mendapatkan cash. Sebaiknya belilah barang kemas berketulenan 999 kerana nilainya tinggi jika dibandingkan dengan emas 916.
  • Emas dalam bentuk barang kemas mempunyai nilai sentimental value yang tinggi dan mengerat kasih sayang diantara pemberi dan penerima, menjadikan ianya akan disimpan lama bagi menghargai sentimental value tersebut dan secara tidak langsung telah menjadi pelaburan jangka panjang yang baik.
  • Sepanjang masa harga barang kemas semakin meningkat harganya, cuba imbas kemabli berapakah harga barang kemas semasa perkahwinan ibu bapa kita dahulu dan bandingkan dengan harga sekarang, barang kemas boleh dijual apabila harga meningkat.

Kekurangan Barang Kemas pula adalah :
  • Harga barang kemas biasanya lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga gold bar, biasanya harga dijual harga FGJAM namun ada juga yang dijual rendah daripada harga FGJAM.
  • Kos upah (workmanship) menyebabkan harga barang kemas agak tinggi berbanding gold bar, semakin cantik design semakin sukar barang kemas untuk dibentuk maka semakin tinggilah kos upahnya.
  • Disebabkan ianya adalah untuk perhiasan pengguna biasanya terpengaruh untuk membeli emas yang mempunyai batu permata yang tidak diambil kira dalam menimbang berat emas semasa barang kemas hendak dijual nanti.
  • Susut nilai barang kemas juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan gold bar iaitu diantara 20% – 40%  kerana apabila keluar sahaja daripada kedai emas ianya  telah dikira used gold.
  • Barang kemas berfesyen juga mudah rosak (putus, bengkok, kemek) dan menjadikan nilai susutnilai semakin tinggi kerana dikira sebagai emas rosak.

Kelebihan Gold Bar sebagai pelaburan :
  • Harga Gold Bar biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang kemas jadi ianya pelaburan yang baik.
  • Gold Bar lebih mudah untuk disimpan berbanding barang kemas, bentuknya yang kecil dan simple membolehkan ianya disimpan mengikut kreativiti masing-masig asalkan iannya selamat dan tidak hilang.
  • Susut nilai Gold Bar biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan barang kemas kerana ianya adalah emas jenis solid dan berketulenan 999 (24 K).
  • Gold Bar juga lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak seperti barang kemas, jadi nilai nya sentiasa dapat dikekalkan tanpa perlu bimbang susut nilai tambahan kerana kerosan seperti yang wujud pada barang kemas.
  • Perbezaan jual beli (spread gold bar) juga lebih rendah iaitu sekitar 5%-8% berbanding barang kemas sekitar 10% – 30%. perbezaan yang tinggi menyebabkan pelabur lambat mendapat keuntungan.
  • Dari segi target untuk jualan semula, gold bar lebih besar marketnya kerana pembeli boleh terdiri daripada kaum lelaki dan juga perempuan, sementara barang kemas biasanya target market lebih kepada kaum wanita.

Kekurangan Gold Bar sebagai pelaburan :
  • Oleh kerana ianya bukanlah untuk tujuan perhiasan , pembeli tidak dapat merasai kepuasaan pemakaian sebagaimana barang kemas, ianya tidak boleh dipakai dan cuma dibeli untuk disimpan.
  • Jika dahulu Gold Bar boleh di gadai atau dipajak di arrahnu tetapi sekarang kebanyakan intitusi arrahnu tidak lagi menerima Gold Bar sebagai gadaian bagi mendapatkan tunai segera. Ini meyebabkan penyimpan Gold Bar tidak boleh memanipulasi arrahnu untuk mendapat tunai segera.
  • Walaupun pada dasarnya Gold Bar mempunyai spesifikasi berat dan ketulenan yang sama namun syarikat pengeluar biasanya membeli Gold Bar keluaran syarikat lain lebih rendah daripada Gold Bar keluaran syarikat mereka sendiri, jadi pembeli perlulah menjual kembali Gold Bar mereka kepada syarikat pengeluar bagi memaksimunkan keuntungan.
  • Gold biasanya didatangkan bersama sijil ketulenan dan no siri unik yang tersendiri, kehilangan sijil ketulenan boleh menyebabkan penyusutan harga Gold bar anda atau dikenakan penalti oleh syarikat pengeluar dan ianya mengurangkan keuntungan anda.
Jadi beli barang kemas atau beli gold bar untuk palaburan adalah lebih baik ? nasihat saya adalah ianya bergantung kepada tujuan dan situasi kewangan anda, bagi pelabur biasa yang mempunyai saving yang stabil dan tidak perlu untuk mendapatkan tunai segera, membeli Gold Bar sebagai pelaburan adalah yang terbaik untuk anda, sementara bagi pelabur yang kadangkala memerlukan tunai segera untuk pusingan modal membeli Barang Kemas adalah terbaik untuk anda kerana di kala memerlukan tunai segera bagi tujuan modal perniagaan anda boleh menggunakan stok barang kemas untuk di pajak di Arrahnu bagi mendapatkan tunai segera, namun harus diingat disiplin amat penting bagi memastikan barang kemas anda dapat ditebus semula setelah memperoleh keuntungan daripada perniagaan anda.
Berikut adalah tips untuk memaksimumkan keuntungan daripada Barang Kemas :
  1. Beli barang kemas pada harga yang murah, survey dulu harga dibeberapa kedai untuk mendapatkan barang kemas pada harga termurah.
  2. Pastikan anda membeli barang kemas yang kos upah (workmanship) nya terendah, sila buat survey kos upah di beberapa buah kedai sebelum membeli.
  3. Dinasihatkan beli barang kemas berketulenan 24 K (999) atau yang paling rendah 22 K (916) bagi memaksimunkan nilai pinjaman apabila di pajak nanti.
  4. Beli design jenis padu dan tebal, elakkan beli yang design berchrome, berloceng , ada batu permata , jenis hollow kerana ianya akan mengurangkan timbangan dan kemungkinan emas anda di downgrade di arrahnu.
  5. Beli barang kemas daripada kedai emas atau syarikat pengeluar yang membeli kembali barang kemas anda pada harga yang tinggi, (spread yang rendah).
  6. Kalau nak best lagi, beli sahaja barang kemas terpakai yang biasa nya lebih murah, arrahnu tidak menilai berapa harga barang kemas anda semasa di beli , baru atau terpakai, yang dinilai oleh arrahnu adalah ketulenan dan berat barang kemas tersebut.

Monday, 21 September 2015

MELABUR EMAS ATAU MENABUNG EMAS????

[ Melabur Emas ke ATAU Menabung Emas?!! ]

  • Ramai yg terkeliru diantara tabungan emas & pelaburan emas. Kelihatan cm sama, tp de bezanya. 
  • PALING TERBAIK & RENDAH RISIKO,  tabungan emaslah sbg pilihan, 
  1. Sebabnya dgn tabungan emas ni, anda mampu membuat pelaburan dlm masa yg sama
  2. Namun seandainya anda menganggap emas sebagai pelaburan semata² anda mungkin boleh kecewa sbb harga emas ni de naik turunnya & perlukan ilmu tinggi dlm mengetahui masa sesuai utk menjualnya.
  • Bagi seorg penyimpan emas, membeli emas adalah utk tujuan perlindungan kpd simpanan wang kertas yg langsung tidak relevan dijadikan simpanan. 
  1. Sebabnya sifat wang kertas ni lemah, dimamah inflasi & hanya bertindak sebagai alat untuk jual beli sahaja, bukan untuk disimpan.

Contohnya:.-
> Emas yg dibeli pd thn 1996 berharga RM38 segram. Skrg thn 2015, harga emas RM180 segram
> Duit belanja sekolah anak pd thn 1996 cukup RM1. Skrg thn 2015, brp skrg duit belanja sekolah anak yg diberi?
> Nilai note RM50 thn 1996, byk brg kita boleh beli. Skrg thn 2015, kejap je hbs RM50. Belanje sehari pn mau RM150 ke atas. Cayor cm ayor ngalir duitnya

Jadi mana pilihan tabungan anda?
MATAWANG atau EMAS? 😊

>>>>ZUEGOLD83<<<<
0182944444

Sunday, 20 September 2015

KENALI EMAS PALSU

Bagaimana Mengenalpasti Emas Palsu?  

Terdapat pelbagai cara untuk membezakan emas palsu. Saya telah menggariskan beberapa cara untuk mengenalpasti emas palsu. 

Ujian Harga: 
Ujian emas sebenar adalah dengan melakukan kajian pasaran harga emas. Jika item emas yang anda telah jauh lebih murah, yang mungkin menjadi tanda untuk menyiasat lebih lanjut.

Ujian Visual: Ini boleh menjadi tidak benar tetapi tidak ada cara untuk mengiktiraf emas sebenar tanpa ujian visual. Persoalannya adalah "Bagaimana emas sebenar kelihatan?" Pertama sekali, cari beberapa tanda. Tiap-tiap emas tulen mempunyai tanda yang menunjukkan nilai karat. Ia biasanya terdiri daripada 14k, 18k, 22k dan 24k. Sistem karat digunakan untuk menyatakan peratusan emas tulen dalam ruang. Semakin tinggi nilai karat, lebih tinggi peratusan emas. Ini bermakna 24k itu adalah emas tulen, 18k ialah kira-kira 75% emas, 14k emas kira-kira 59% manakala 10k emas kira-kira 42%. Kadang-kala seseorang itu boleh melihat tanda GP atau EP di sebelah. Ini bermakna bahawa item bersalut dengan emas. Ia hanya ditutup dengan emas. Ini bukan emas sebenar kerana penyaduran emas hanya boleh menjadi satu lapisan yang sangat nipis.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza. Sebagai contoh, emas putih yang dihasilkan apabila nikel bercampur dengan emas; Palladium yang digunakan untuk mencipta emas putih bagi orang-orang yang alah kepada nikel; emas hijau apabila perak dicampur dengan emas dan merah jambu untuk emas merah apabila kuantiti yang berbeza tembaga bercampur dengan emas. Emas Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat. Apabila barang kemas emas adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar. 

Ujian Asid: 
reaksi item untuk asid nitrik atau asid hidroklorik akan membantu untuk menentukan sama ada ia benar-benar asli atau tidak. Emas sebenar tidak terjejas atau tidak membentuk tindak balas dengan asid nitrik atau asid hidroklorik. Kebanyakan logam yang biasanya digambarkan sebagai emas apabila diuji dalam bentuk asid hidroklorik reaksi manakala emas sebenar tidak, itulah sebabnya ini telah ditubuhkan sebagai ujian sebenar untuk emas.

Tukang emas bereputasi: 
Ia sentiasa dinasihatkan untuk membeli emas daripada tukang emas yang mempunyai reputasi baik kerana anda sentiasa boleh membuat ujian, periksa tanda-tanda dan mendapat beberapa nasihat yang baik tentang produk . 

Perubahan warna: 
Emas palsu, apabila dipakai sama ada boleh menyebabkan perubahan warna kulit atau perubahan warna perhiasan itu sendiri. Ramai orang menggunakan kaedah ini sebagai cara yang paling mudah untuk mengetahui emas sebenar. Dan bagi orang-orang yang mempunyai jaminan, mereka hanya kembali apabila mendapatinya ia palsu. 

Karat: Emas palsu dalam suhu lembab akan menjadi karat, dan juga dari masa ke masa manakala emas sebenar tidak. 

Gigit emas: Emas lembut dan apabila digigit meninggalkan tanda kecil. Emas palsu adalah sangat kuat dan apabila digigit tidak meninggalkan tanda. 

Berat: Emas mempunyai jumlah baik ketumpatan. Letakkan ia di dalam air dan lihat kuantiti air disesarkan. Ketumpatan yang lebih ia, maka ia adalah emas.     

>>>ZUEGOLD83<<<<

Posted by Unknown at 23:43

Posted by Unknown at 00:05

Posted by Unknown at 10:00

Posted by Unknown at 10:58

Posted by Unknown at 10:30

Posted by Unknown at 09:49

Posted by Unknown at 09:33
[ Melabur Emas ke ATAU Menabung Emas?!! ]

  • Ramai yg terkeliru diantara tabungan emas & pelaburan emas. Kelihatan cm sama, tp de bezanya. 
  • PALING TERBAIK & RENDAH RISIKO,  tabungan emaslah sbg pilihan, 
  1. Sebabnya dgn tabungan emas ni, anda mampu membuat pelaburan dlm masa yg sama
  2. Namun seandainya anda menganggap emas sebagai pelaburan semata² anda mungkin boleh kecewa sbb harga emas ni de naik turunnya & perlukan ilmu tinggi dlm mengetahui masa sesuai utk menjualnya.
  • Bagi seorg penyimpan emas, membeli emas adalah utk tujuan perlindungan kpd simpanan wang kertas yg langsung tidak relevan dijadikan simpanan. 
  1. Sebabnya sifat wang kertas ni lemah, dimamah inflasi & hanya bertindak sebagai alat untuk jual beli sahaja, bukan untuk disimpan.

Contohnya:.-
> Emas yg dibeli pd thn 1996 berharga RM38 segram. Skrg thn 2015, harga emas RM180 segram
> Duit belanja sekolah anak pd thn 1996 cukup RM1. Skrg thn 2015, brp skrg duit belanja sekolah anak yg diberi?
> Nilai note RM50 thn 1996, byk brg kita boleh beli. Skrg thn 2015, kejap je hbs RM50. Belanje sehari pn mau RM150 ke atas. Cayor cm ayor ngalir duitnya

Jadi mana pilihan tabungan anda?
MATAWANG atau EMAS? 😊

>>>>ZUEGOLD83<<<<
0182944444

Sunday, 20 September 2015

KENALI EMAS PALSU

Posted by Unknown at 09:28
Bagaimana Mengenalpasti Emas Palsu?  

Terdapat pelbagai cara untuk membezakan emas palsu. Saya telah menggariskan beberapa cara untuk mengenalpasti emas palsu. 

Ujian Harga: 
Ujian emas sebenar adalah dengan melakukan kajian pasaran harga emas. Jika item emas yang anda telah jauh lebih murah, yang mungkin menjadi tanda untuk menyiasat lebih lanjut.

Ujian Visual: Ini boleh menjadi tidak benar tetapi tidak ada cara untuk mengiktiraf emas sebenar tanpa ujian visual. Persoalannya adalah "Bagaimana emas sebenar kelihatan?" Pertama sekali, cari beberapa tanda. Tiap-tiap emas tulen mempunyai tanda yang menunjukkan nilai karat. Ia biasanya terdiri daripada 14k, 18k, 22k dan 24k. Sistem karat digunakan untuk menyatakan peratusan emas tulen dalam ruang. Semakin tinggi nilai karat, lebih tinggi peratusan emas. Ini bermakna 24k itu adalah emas tulen, 18k ialah kira-kira 75% emas, 14k emas kira-kira 59% manakala 10k emas kira-kira 42%. Kadang-kala seseorang itu boleh melihat tanda GP atau EP di sebelah. Ini bermakna bahawa item bersalut dengan emas. Ia hanya ditutup dengan emas. Ini bukan emas sebenar kerana penyaduran emas hanya boleh menjadi satu lapisan yang sangat nipis.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza. Sebagai contoh, emas putih yang dihasilkan apabila nikel bercampur dengan emas; Palladium yang digunakan untuk mencipta emas putih bagi orang-orang yang alah kepada nikel; emas hijau apabila perak dicampur dengan emas dan merah jambu untuk emas merah apabila kuantiti yang berbeza tembaga bercampur dengan emas. Emas Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat. Apabila barang kemas emas adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar. 

Ujian Asid: 
reaksi item untuk asid nitrik atau asid hidroklorik akan membantu untuk menentukan sama ada ia benar-benar asli atau tidak. Emas sebenar tidak terjejas atau tidak membentuk tindak balas dengan asid nitrik atau asid hidroklorik. Kebanyakan logam yang biasanya digambarkan sebagai emas apabila diuji dalam bentuk asid hidroklorik reaksi manakala emas sebenar tidak, itulah sebabnya ini telah ditubuhkan sebagai ujian sebenar untuk emas.

Tukang emas bereputasi: 
Ia sentiasa dinasihatkan untuk membeli emas daripada tukang emas yang mempunyai reputasi baik kerana anda sentiasa boleh membuat ujian, periksa tanda-tanda dan mendapat beberapa nasihat yang baik tentang produk . 

Perubahan warna: 
Emas palsu, apabila dipakai sama ada boleh menyebabkan perubahan warna kulit atau perubahan warna perhiasan itu sendiri. Ramai orang menggunakan kaedah ini sebagai cara yang paling mudah untuk mengetahui emas sebenar. Dan bagi orang-orang yang mempunyai jaminan, mereka hanya kembali apabila mendapatinya ia palsu. 

Karat: Emas palsu dalam suhu lembab akan menjadi karat, dan juga dari masa ke masa manakala emas sebenar tidak. 

Gigit emas: Emas lembut dan apabila digigit meninggalkan tanda kecil. Emas palsu adalah sangat kuat dan apabila digigit tidak meninggalkan tanda. 

Berat: Emas mempunyai jumlah baik ketumpatan. Letakkan ia di dalam air dan lihat kuantiti air disesarkan. Ketumpatan yang lebih ia, maka ia adalah emas.     

>>>ZUEGOLD83<<<<
0182944444
 
JUTAWAN EMAS POWERGOLD Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang